Friday, August 13, 2010

MINGGU 5 JURNAL REFLEKSI



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada miggu ke 5. saya didedahkan oleh pensyarah kami iaitu tentang muzik gamelan dan caklempong. Saya amat berminat pada topik minggu ini terutama gamelan kerana diberi kesempatan bermain gamelan di bilik tradisional gamelan bersama-sama rakan-rakan.




Dengan Pengalaman tersebut, saya berharap agar menambah lagi minat tentang muzik gamelan. Muzik gamelan juga mempunyai alat muziknya yang tersendiri.

Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:


1.Bonang
Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang".Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Peranchis.

2.Gambang
Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

3.Saron Pekin
Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

4.Saron Barong
Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.
5.Kenong.
Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.
6.Gendang
Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.
7.Gong
Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.

Manakala caklempong juga mempunyai alatan muziknya tersendiri..




Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina).

Bonang caklempong yang berbentuk seperti gong kecil diperbuat daripada tembaga berdiameter 16cm, tinggi 8-10 cm dan mempunyai cembol setinggi 2.5cm di tengah-tengahnya. (Rujukan: Music of Malaysia, 2004). Asalnya, caklempong dimainkan mengikut skala pentatonic yang terdiri daripada notasi C, D, E, F dan G, tetapi kini telah dimasukkan kesemua notasi (Rujukan: Mohd Ghouse, 1992)

Set lengkap caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:

Gereteh
Gereteh terdiri daripada 15 Bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan di dalam dua baris selari (Baris 1 mempunyai 8 Bonang dan baris 2 mempunyai 7 Bonang). Gereteh merupakan melodi utama. Terdapat dua set Gereteh di dalam satu set lengkap caklempong.
Gereteh

Tingkah
Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan Tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang.

Saua
Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti Tingkah cuma yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. Saua diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidak disediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Saua bermula dari not E rendah.
Tingkah/Saua

Bangsi
Bangsi berbentuk seperti rekorder bersaiz 25-30 cm, notasi buluh dan mempunyai 7 lubang untuk menghasilkan 7 skala ton menyamai Gereteh. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya.
Bangsi



Serunai
Serunai juga diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai menghasilkan skala pentatonic menyamai 5 ton terawal Gereteh iaitu C, D, E, F dan G.

Gendang
Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang lembu mempunyai getaran yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.
Gendang

Kayu Pengetuk
Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketukkan ke cembul Caklempong hasil bunyinya tidak terlalu nyaring.
Kayu Pengetuk

2 comments:

Amirulah on August 13, 2010 at 11:29 PM said...

menerangkan yang sangat sistematik. memberi kefahaman yang lebih.

Muhammad Muizz on August 14, 2010 at 5:55 AM said...

terima kasih amirul kerana memberi komen.

Post a Comment

 

Blog pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Muizz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template