Sunday, October 31, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13

Salam 1 Malaysia..Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada semester ini. Kita telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama 14 minggu ini, banyak yang telah saya belajar dan banyak benda yang baru telah didedahkan. Ini adalah kali pertama saya mempunyai blog dan menggunakan blog untuk proses pembelajaran. Saya rasa amat bagus sistem seperti ini kerana ia lebih bersistematik dan menjimatkan kertas dan masa. Pada mulanya saya rasa agak susah sebab setiap minggu kena buat jurnal refleksi, dan agak susah menggunakan blog untuk saya sebab saya tidak pandai sangat untuk menggunakan blog. Untuk memulakan posting pertama memang susah sebab tak ada idea untuk menulis blog, dan susah nak masukkan link video dan gambar. Saya rasa kawan-kawan juga mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Tetapi selepas beberapa minggu, kawan-kawan telah pandai menguasai blog ini dan telah masukkan banyak video dan gambar dalam blog masing-masing. Ramai yang dapat membuat posting tepat pada masa. Selain daripada penggunaan blog ini, En Amran juga menggunakan facebook dan youtube untuk mengkongsikan maklumat dan informasi.
Teruskan Membaca...

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI

salam 1 malaysia.
Pada minggu ini sesi pembelajaran di teruskan lagi dengan satu lagi topik yang tidak pernah saya dengar sebelum ini iaitu Gendang 24 musim.
Pertama kali mendengarnya, saya mula tertanya-tanya, apa gendang 24 musim ni...apa yang terbayang di fikiran saya adalah orang bermain gendang. Terdapat lebih dari 100 pasukan Gendang 24 musim di Malaysia. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi. Pada 16 September 2007, Gendang 24 musim membuat permohonan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar menyenaraikan persembahan seni baru ini sebagai khazanah warisan budaya negara.

Seni muzik ini bermula di Malaysia. Pengasasnya berketutunana Cina iaitu Encik Chen Wei Chong berasal dari Johor. Ilham penghasilan seni ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China. Musim utama iaitu Panas, Sejuk, Luruh dan Bunga dipecahkan kepada 24 bahagian lain. Para pemaian adalah terdiri daripada lelaki sahaja. Setakat ini tiada lagi pemain wanita yang menceburi bidang ini. Mereka akan memakai kostum lelaki Cina.

24 buah drum digunakan dikenali dengan nama gendang shigu yang digunakan dalam tarian singa. Gendang diperbuat dari kulit kerbau atau lembu. Dalam seni ini konsep Ji Qie diterapkan dalam seni muzik ini.

Satu lagu ilmu baru yang saya pelajari, nama nya sedikit pelik tetapi mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempelajari seni budaya tidak kira bangsa ataupun agama.
Teruskan Membaca...

MINGGU 11 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Pada minggu ini, saya telah disajikan dengan pembentangan mengenai Wayang Kulit. Walaupun tajuk ini telah dibincangkan pada minggu - minggu yang sebelum ini, namun masih ada lagi penambahan dan pendapat serta persoalan yang masih belum terjawab ketika pembentangan ini dilakukan. Sebelum pembentang memulakan pembentangan, saya dan rakan - rakan telah dipertontonkan dengan satu babak wayang kulit yang dimainkan secara 'Live'. Ketika memasuki kelas saya berasa tidak sabar untuk melihat apa yang hendak dipertontonkan dan disampaikan oleh kumpulan pembentang pada minggu ini. Hal ini kerana, ini merupakan pengalaman pertama saya menonton wayang kulit secara 'Live' dan melihat sendiri persediaan yang dilakukan sebelum memulakan persembahan.
Teruskan Membaca...

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 10

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua
Kuliah dimulakan dengan pembentangan oleh ahli kumpulan Nobat iaitu kumpulan saya sendiri. Nobat merupakan sebuah muzik istana. Nobat sememangnya dipersembahkan di istana kerana ianya muzik rasmi bagi mereka. Namun demikian Nobat hanya terdapat di 4 buah negeri sahaja iaitu Kedah, Selangor, Perak, dan Terengganu. Di samping itu, Kelantan juga mempunyai muzik Nobatnya yang tersendiri tetapi di Negeri Kelantan ianya tidak digelar Nobat ianya mempunyai gelarannya yang tersendiri. Namun begitu, kumpulan pembentang yang membentangkan muzik nobat ini telah menjalankan kajian yang berfokus kepada nobat di Negeri Perak.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila lawati blog kami iaitu nobat upsi 2010..
Teruskan Membaca...

Monday, October 4, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 9

Salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua.
Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan persembahan ataupun demo dari dekan fakulti saya iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Hassan bin Abdullah bersama pemuzik. Mereka memainkan alatan tradisional seperti rebab, tetawak, gendang ibu&anak serta serunai dan lain-lain lagi. Permulaan yang begitu menarik buat saya. Sebelum ini, saya hanya mendapat pengetahuan daripada video dan tidak tahu bunyi sebenar cara persembahan alat-alat ini. Melalui peluang ini, saya lebih mendekati alat-alat ini dan membezakan setiap keunikkan mereka.
Saya juga berpeluang mendekati dan mengenal lebih dekat lagi alat tersebut kerana pada minggu tersebut saya diarahkan oleh En Amran untuk mengambil video yang di persembahkan oleh Dekan dan beberapa orang pemuzik lain.
Teruskan Membaca...

Minggu 8: Jurnal Refleksi

Selamat Hari Raya diucapkan kepada kepada semua rakan-rakan SMP 2252 dan pensyarah saya.Tajuk yang dibentangkan pada minggu ini adalah tajuk yang amat menarik yang jarang didengari iaitu MENORA. Sebelum pembentangan ini, saya tidak tahu langsung mengenai muzik seni ini dan ini merupakan kali pertama untuk saya mengenali apa itu menora.


kesimpulannya. Pembentangan pada minggu ini amat la menarik bagi saya dan dapat menambahkan lagi pengetahuaan terhadap muzik tradisional di yang ada di nusantara ini.
Teruskan Membaca...

MINGGU 7 : JURNAL REFLEKSI

Ada dua buah kumpulan yang membentangkan hasil kerja mereka iaitu kumpulan keroncong dan kuda kepang. Kedua muzik tradisional ini sudah lama saya ketahui. Namun, dengan adanya pembentangan ini, rakan - rakan saya telah mengupas kedua topik tersebut secara terperinci.

Bagi tajuk keroncong, saya sudah pernah ketahui kerana kumpulan keroncong di UPSI ini merupakan "senior" kami. Jadi kesemua aspek seperti alat muzik serta lagu-lagu dalam persembahan keroncong sudah saya lihat dan dengar. Bagi saya, muzik seperti ini harus dipelihara dari terus lapuk dek zaman. Saya amat teruja dengan pembentangan kumpulan ini kerana saya suka melihat aksi senior kami yang dirakam. Mereka memang hebat dalam bermain
keroncong.
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Muizz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template