Sunday, October 31, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13

Salam 1 Malaysia..Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada semester ini. Kita telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama 14 minggu ini, banyak yang telah saya belajar dan banyak benda yang baru telah didedahkan. Ini adalah kali pertama saya mempunyai blog dan menggunakan blog untuk proses pembelajaran. Saya rasa amat bagus sistem seperti ini kerana ia lebih bersistematik dan menjimatkan kertas dan masa. Pada mulanya saya rasa agak susah sebab setiap minggu kena buat jurnal refleksi, dan agak susah menggunakan blog untuk saya sebab saya tidak pandai sangat untuk menggunakan blog. Untuk memulakan posting pertama memang susah sebab tak ada idea untuk menulis blog, dan susah nak masukkan link video dan gambar. Saya rasa kawan-kawan juga mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Tetapi selepas beberapa minggu, kawan-kawan telah pandai menguasai blog ini dan telah masukkan banyak video dan gambar dalam blog masing-masing. Ramai yang dapat membuat posting tepat pada masa. Selain daripada penggunaan blog ini, En Amran juga menggunakan facebook dan youtube untuk mengkongsikan maklumat dan informasi.

2 comments:

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:50 AM said...

good luck to u muiz...

Muhammad Muizz on November 28, 2010 at 7:31 AM said...

good luck to u teoh koh sing

Post a Comment

 

Blog pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Muizz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template