Berdasarkan kuliah minggu ke-4. kami didedahkan oleh En.Amran tentang wayang kulit.
Antara jenis wayang kulit ialah
Wayang kulit adalah seni pertunjukan yang telah berusia lebih dari setengah milenium. Kemunculannya memiliki cerita tersendiri, terkait dengan masuknya Islam Jawa. Salah satu anggota Wali Songo menciptakannya dengan mengadopsi Wayang Beber yang berkembang pada masa kejayaan Hindu-Budha. Adopsi itu dilakukan karena wayang terlanjur lekat dengan orang Jawa sehingga menjadi media yang tepat untuk dakwah menyebarkan Islam, sementara agama Islam melarang bentuk seni rupa. Alhasil, diciptakan wayang kulit dimana orang hanya bisa melihat bayangan.
Pagelaran wayang kulit dimainkan oleh seorang yang kiranya bisa disebut penghibur publik terhebat di dunia. Bagaimana tidak, selama semalam suntuk, sang dalang memainkan seluruh karakter aktor wayang kulit yang merupakan orang-orangan berbahan kulit kerbau dengan dihias motif hasil kerajinan tatah sungging (ukir kulit). Ia harus mengubah karakter suara, berganti intonasi, mengeluarkan guyonan dan bahkan menyanyi. Untuk menghidupkan suasana, dalang dibantu oleh musisi yang memainkan gamelan dan para sinden yang menyanyikan lagu-lagu Jawa.
Tokoh-tokoh dalam wayang keseluruhannya berjumlah ratusan. Orang-orangan yang sedang tak dimainkan diletakkan dalam batang pisang yang ada di dekat sang dalang. Saat dimainkan, orang-orangan akan tampak sebagai bayangan di layar putih yang ada di depan sang dalang. Bayangan itu bisa tercipta karena setiap pertunjukan wayang memakai lampu minyak sebagai pencahayaan yang membantu pemantulan orang-orangan yang sedang dimainkan.
Setiap pagelaran wayang menghadirkan kisah atau lakon yang berbeda. Ragam lakon terbagi menjadi 4 kategori yaitu lakon pakem, lakon carangan, lakon gubahan dan lakon karangan. Lakon pakem memiliki cerita yang seluruhnya bersumber pada perpustakaan wayang sedangkan pada lakon carangan hanya garis besarnya saja yang bersumber pada perpustakaan wayang. Lakon gubahan tidak bersumber pada cerita pewayangan tetapi memakai tempat-tempat yang sesuai pada perpustakaan wayang, sedangkan lakon karangan sepenuhnya bersifat lepas.
Cerita wayang bersumber pada beberapa kitab tua misalnya Ramayana, Mahabharata, Pustaka Raja Purwa dan Purwakanda. Kini, juga terdapat buku-buku yang memuat lakon gubahan dan karangan yang selama ratusan tahun telah disukai masyarakat Abimanyu kerem, Doraweca, Suryatmaja Maling dan sebagainya. Diantara semua kitab tua yang dipakai, Kitab Purwakanda adalah yang paling sering digunakan oleh dalang-dalang dari Kraton Yogyakarta. Pagelaran wayang kulit dimulai ketika sang dalang telah mengeluarkan gunungan. Sebuah pagelaran wayang semalam suntuk gaya Yogyakarta dibagi dalam 3 babak yang memiliki 7 jejeran (adegan) dan 7 adegan perang. Babak pertama, disebut pathet lasem, memiliki 3 jejeran dan 2 adegan perang yang diiringi gending-gending pathet lasem. Pathet Sanga yang menjadi babak kedua memiliki 2 jejeran dan 2 adegan perang, sementara Pathet Manura yang menjadi babak ketiga mempunyai 2 jejeran dan 3 adegan perang. Salah satu bagian yang paling dinanti banyak orang pada setiap pagelaran wayang adalah gara-gara yang menyajikan guyonan-guyonan khas Jawa
sumber :http://www.yogyes.com/id/yogyakarta-cultural-performance/wayang-kulit-show/
sumber gambar :http://www.vistaindonesia.com/wayang-kulit-1-silhouet.web.jpg
Wayang Gedek ialah sejenis persembahan yang dipersembahkan di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan juga Perak. Wayang gedek menggunakan dialek Kedah bercampur Thai. Peralatan muzik yang digunakan ialah gedombak, serunai, canang, gedok, gong dan tamborin. Wayang gedek menggunakan patung yang diukir halus dan berwarna-warni.
- wayang kulit melayu
- wayang kulit kelantan
Wayang Kulit Siam (atau juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan) adalah merupakan satu kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Di antara empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia, Wayang Kulit Siam adalah yang paling popular sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
Suatu ketika dahulu, ia pernah mendapat tempat di kalangan penduduk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak serta Patani – sebuah negeri Melayu-Islam di selatan Thailand yang kini telah dibahagikan menjadi empat buah wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Wayang Kulit Siam disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.
Selain itu juga dalam permainan wayang kulit terdapat juga alat muzik yang digunakan.
Alat muzik merupakan peralatan utama dalam permainan wayang kulit, selain daripada pentas khas yang berbentuk panggung kecil dan patung-patung wayang kulit. Alat-alat muzik ini terdiri daripada SERUNAI, GENDANG IBU, GENDANG ANAK, GEDUK IBU GEDUK ANAK, GEDOMBAK IBU, GEDOMBAK ANAK, TETAWAK, CANANG dan KESI. Terdapat tiga belas orang ahli muzik yang mengendalikan alat-alat muzik ini, termasuk dalang dan dua orang dalang muda. Susunatur didalam panggung telah ditetapkan oleh dalang ( ketua kumpulan ) . Semasa membuat persembahan dalang yang duduk dibelakang tirai diapit oleh dalang muda yang dipertanggungjawabkan untuk membantu dalang yang menyelaraskan wayang yang akan dimainkan. Kesemau alat muzik tersebut merupakan alat muzik tradisional yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan. Gendang yang terdiri daripada Gendang ibu dan Gendang anak merupakan sejenis alat bunyian berbentuk silinder yang berongga dengan rintangan kulit pada kedua-dua hujung pangkal ( permukaan ) . Pada hujung pangkal yang kecil terdapat rintangan kulit kambing dan ia dinamakan PANGKAL gendang. Sementara pada hujung pangkal yang besar sedikit terdiri daripada rintangan kulit lembu dan in digelar MUKA gendang. Keliling rintangan kulit dinamakan BINGKAI . Manakala tali atau rotan kecil yang terdapat pada badan gendang dinamakan " TALI PERAMBING". Tali ini menegangkan kulit supaya dapat menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Bahagian yang boleh digerak-gerakkan pada tali ini dinamakan "SIPAL". Ia berfungsi mencengkam tali perambing sekaligus menegangkan kulit permukaan gendang. Sementara kulit rotan yang membaluti gendangberhampiran dengan permukaan dimanakan PENGEMBAN. Ia berfungsi melilit tali perambing supaya kukuh dan tidak terbuka. Keseluruhan badan gendang diperbuat daripada kayu nangka yang besar. Setiap gendang mempunyai tiga bunyi yang berbeza, bergantung kepada cara memalunya. Permakaan pangkal gendang dapat menghasilkan nada bunyi yang nyaring. Manakala permukaan muka pula menghasilkan nada bunyi yang lebih besar. Yang membezakan Gendang ibu dan Gendang anak ialah ketinggian nada bunyi. Gedombak pula merupakan sejenis gendang kecil yang mempunyai rintangan kulit pada sebuah bahagian sahaja. Kulit kambing muda digunakan bagi bahagian pertmukaan gendang. Pada permukaan pangkal dibiarkan belubang. Kayu yang sama juga digunakan bagi membuat badan gedombak yang dinamakan BADAN LARIK .Rotan halus yang merintangi badan gedombak digelar PERAMBING . Boleh juga digantikan dengan tali tangsi memandangkan rotan halus mudah putus. Satu lagi alat muzik yang berpasangan ( ibu dan anak ) ialah Genduk. Badan Geduk ini diperbuat daripada jenis kayu nangka dan mempunyai rintangan kulit lembu pada kedua-dua belah permukaannya. Apabila dipalu hanya satu permukaan sahaja digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan yang satu lagi itu rosak. Geduk ini mempunyai dua kaki dan juga pemukul ( pemalu ) .Terdapat lilitan rotan pada bahagian atas dan bawah yang dinamakan "PENGEMBAN GEDUK". Bulau kecil yang tercucuk tajam pula dinamakan "PEMETING GEDUK". Alat bunyian seperti talam besar yang diperbuat daripada logam dinamakan Tetawak. Ia juga berpasangan ( ibu dan anak ) , nada bunyinya nyanying. Canang pula terdiri daripada dua buah gong kecil yang diletakkan yang di dalam kotak kayu. Pemukul Canang diperbuat daripada kayu dan dibalut dengan GETAH SEKERAP. Gong yang lebih besar sedikit dapat menghasilkan nada yang lebih rendah, dan sebaliknya pula bagi gong yang lebih kecil. Bagi alat muzik KESI pula, ia terdiri daripada piring kecil yang diperbuat daripada BESI WAJA. Apabila dimainkan tutup piring ini akan dihentak pada piring di bawah. Serunai pula merupakan sejenis alat bunyian yang memerlukan seseorang untuk meniupnya untuk menghasilkan bunyi. Badan serunai ini mempunyai beberapa motif yang berlainanseperti DAWAI PINTALM, BUNGA GELUGUR, PUCUK REBUNG, TAMPOK MANGGIS dan MOTIF MANIK CUCUK. Motif-motif ini hanyalah untuk hiasan dan dan ia bergantung pada pembuatnya. Serunai ini diperbuat daripada KAYU TIRAI TANDUK yang semulajadi hitam. Di dalam sesuatu persembahan, terdapat sekurang-kurangnya lima buah serunai yang berlainan saiz bagi mempelbagaikan nada bunyinya. Gabungan bunyi-bunyian yang dihasilkan akan membantuk berbagai-bagi jenis lagu. Selain daripada itu terdapat sebuah PEMETIK yang terletak dibawah lutut dalang. Alat ini di perbuat daripada kayu dan ia dapat menghasilkan bunyi yang kuat apabila ia dihentak dengan lutut. Biasanya kedudukan alat ini bergantung kepada keselesaan dalang.
0 comments:
Post a Comment