Monday, October 4, 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Makyung adalah dalam kategori seni lakon sama seperti Menora, Jikey dan lain-lain. Di dalam Makyung ini, banyak mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental. Persembahan Makyung juga ada tujuannya sama ada bertujuan ritual atau hanya suatu persembahan. Di dalam Makyung ada jalan ceritanya. Biasanya dialog yang digunakan adalah dialek kelantan. Sehingga sekarang Makyung ini masih wujud. Ini adalah kerana atas usaha dari pelbagai pihak. Antara watak - watak yang terkandung di dalam persembahan Makyung adalah :a.) Pakyung & Pakyung Muda (watak utama)b.) Makyung & Puteri Makyung (raja perempuan)c.) Peran Tuan & Mudad.) Tok WakLagu yang dinyanyikan di dalam Makyung antaranya lagu menghadap rebab-simbolik penghormatan terhadap rebab,lagu kijang mas-lagu selepas menghadap rebab, lagu sindung-dinyanyikan oleh pakyung apabila pakyung ingin memberi arahan kepada peran. Alat muzik yang digunakan di dalam persembahan Makyung adalah Rebab (yang paling utama yang mempunyai 3 tali),sepasang gendang, sepasang tetawak.Alat tambahan serunai, geduk dan canai.







Kompang berasal dari Arab di Asia Barat. Kompang juga dikenali sebagai
Dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Indonesia pula dipanggil rebana atau
terbang.Alat kompang dibawa oleh pedagang Arab ke Malaysia pada kurun
ke-13 Masihi. Kompang adalah alat membranofon kerananya dibalut dengan
kulit dan dipukul. Terdapat dua pendapat tentang sejarah kompang.
Pendapat pertama adalah bentuk kompang adalah sama seperti hadrah
yangberada di Arab. Pendapat kedua pula adalah lirik lagu yang
dinyanyikanbersama kompang selalunya adalah bahasa Arab. Kompang
dibawa oleh Pedagang Arab ke Nusantara untuk menarik perhatian
pembeli dengan barangan yang dijual mereka. Permainan ini pula jadi
ikutan ramai sehinggakini. Permaian kompang berkembang di Tanah
Melayu akibat imigrasi orang Jawa. Adab permainan kompang agak
dititikberatkan seperti pakaian,kompang tidak boleh dilambung, tidak boleh
dilentang, kulit kompang tidak boleh menghadap ke lantai

Belulang adalah permukaan kulit kompang dan diperbuat daripada kulit
kambing betina. Belulang baluh pula merupakan kayu di sekeliling dan
diperbuat daripada nangka dan nama saintifiknya ialah Artocarpus
heterophyllus. Kompang memerlukan rotan sedak sebagai alat tala agar
menghasilkanbunyi yang sedap. Terdapat beberapa jenis permainan
kompang seperti Kompang Hadrah, KompangJohor, Kompang Ezhar,
dan Kompang Kelalang. Antara fungsi kompang adalah seperti mengiringi
nyanyian, mengarak penganti, menjadi elemen permainan alat lain,
merangsang semangat pasukanseperti bola sepak, dan pertandingan.
Terdapat tiga jenis pukulan iaitu melalu yang yang memainkan rentak asas,
pukulan menyilang yang memainkan up beat dan kumpulan meningkah
yang akan menghiaskan rentak yang dimain oleh melalu dan menyilang.
Terdapat tiga bahagian dalampukulan kompang iaitu pukulan 'Mula' untuk
memainkan sesuatu lagu, pukulan lagu dan pukulan 'Mati' untuk
mengakhiri sesebuah lagu. Sila rujuk
http://www.scribd.com/doc/5385093/Falsafah-di-sebalik-kompang .
Terdapat pelbagai rentak yang boleh dipukul oleh kompang. Contohnya,
rentak Masri Asas, rentak Asli Asas, rentak Inang Asas, rentak Zapin,
rentak joget, dan pelbagai rentak yang lain lagi.
kompang seperti paluan kompang dan formasi. Kompang enam belas
inci adalah biasa digunakan oleh orang ramai.




Teruskan Membaca...

Friday, August 13, 2010

MINGGU 5 JURNAL REFLEKSI



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada miggu ke 5. saya didedahkan oleh pensyarah kami iaitu tentang muzik gamelan dan caklempong. Saya amat berminat pada topik minggu ini terutama gamelan kerana diberi kesempatan bermain gamelan di bilik tradisional gamelan bersama-sama rakan-rakan.




Dengan Pengalaman tersebut, saya berharap agar menambah lagi minat tentang muzik gamelan. Muzik gamelan juga mempunyai alat muziknya yang tersendiri.

Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:


1.Bonang
Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang".Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Peranchis.

2.Gambang
Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

3.Saron Pekin
Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

4.Saron Barong
Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.
5.Kenong.
Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.
6.Gendang
Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.
7.Gong
Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.

Manakala caklempong juga mempunyai alatan muziknya tersendiri..




Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina).

Bonang caklempong yang berbentuk seperti gong kecil diperbuat daripada tembaga berdiameter 16cm, tinggi 8-10 cm dan mempunyai cembol setinggi 2.5cm di tengah-tengahnya. (Rujukan: Music of Malaysia, 2004). Asalnya, caklempong dimainkan mengikut skala pentatonic yang terdiri daripada notasi C, D, E, F dan G, tetapi kini telah dimasukkan kesemua notasi (Rujukan: Mohd Ghouse, 1992)

Set lengkap caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:

Gereteh
Gereteh terdiri daripada 15 Bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan di dalam dua baris selari (Baris 1 mempunyai 8 Bonang dan baris 2 mempunyai 7 Bonang). Gereteh merupakan melodi utama. Terdapat dua set Gereteh di dalam satu set lengkap caklempong.
Gereteh

Tingkah
Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan Tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang.

Saua
Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti Tingkah cuma yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. Saua diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidak disediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Saua bermula dari not E rendah.
Tingkah/Saua

Bangsi
Bangsi berbentuk seperti rekorder bersaiz 25-30 cm, notasi buluh dan mempunyai 7 lubang untuk menghasilkan 7 skala ton menyamai Gereteh. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya.
Bangsi



Serunai
Serunai juga diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai menghasilkan skala pentatonic menyamai 5 ton terawal Gereteh iaitu C, D, E, F dan G.

Gendang
Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang lembu mempunyai getaran yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.
Gendang

Kayu Pengetuk
Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketukkan ke cembul Caklempong hasil bunyinya tidak terlalu nyaring.
Kayu Pengetuk
Teruskan Membaca...

MINGGU 4 JURNAL REFLEKSI




Berdasarkan kuliah minggu ke-4. kami didedahkan oleh En.Amran tentang wayang kulit.

Antara jenis wayang kulit ialah

  • wayang kulit jawa


Wayang kulit adalah seni pertunjukan yang telah berusia lebih dari setengah milenium. Kemunculannya memiliki cerita tersendiri, terkait dengan masuknya Islam Jawa. Salah satu anggota Wali Songo menciptakannya dengan mengadopsi Wayang Beber yang berkembang pada masa kejayaan Hindu-Budha. Adopsi itu dilakukan karena wayang terlanjur lekat dengan orang Jawa sehingga menjadi media yang tepat untuk dakwah menyebarkan Islam, sementara agama Islam melarang bentuk seni rupa. Alhasil, diciptakan wayang kulit dimana orang hanya bisa melihat bayangan.

Pagelaran wayang kulit dimainkan oleh seorang yang kiranya bisa disebut penghibur publik terhebat di dunia. Bagaimana tidak, selama semalam suntuk, sang dalang memainkan seluruh karakter aktor wayang kulit yang merupakan orang-orangan berbahan kulit kerbau dengan dihias motif hasil kerajinan tatah sungging (ukir kulit). Ia harus mengubah karakter suara, berganti intonasi, mengeluarkan guyonan dan bahkan menyanyi. Untuk menghidupkan suasana, dalang dibantu oleh musisi yang memainkan gamelan dan para sinden yang menyanyikan lagu-lagu Jawa.

Tokoh-tokoh dalam wayang keseluruhannya berjumlah ratusan. Orang-orangan yang sedang tak dimainkan diletakkan dalam batang pisang yang ada di dekat sang dalang. Saat dimainkan, orang-orangan akan tampak sebagai bayangan di layar putih yang ada di depan sang dalang. Bayangan itu bisa tercipta karena setiap pertunjukan wayang memakai lampu minyak sebagai pencahayaan yang membantu pemantulan orang-orangan yang sedang dimainkan.

Setiap pagelaran wayang menghadirkan kisah atau lakon yang berbeda. Ragam lakon terbagi menjadi 4 kategori yaitu lakon pakem, lakon carangan, lakon gubahan dan lakon karangan. Lakon pakem memiliki cerita yang seluruhnya bersumber pada perpustakaan wayang sedangkan pada lakon carangan hanya garis besarnya saja yang bersumber pada perpustakaan wayang. Lakon gubahan tidak bersumber pada cerita pewayangan tetapi memakai tempat-tempat yang sesuai pada perpustakaan wayang, sedangkan lakon karangan sepenuhnya bersifat lepas.

Cerita wayang bersumber pada beberapa kitab tua misalnya Ramayana, Mahabharata, Pustaka Raja Purwa dan Purwakanda. Kini, juga terdapat buku-buku yang memuat lakon gubahan dan karangan yang selama ratusan tahun telah disukai masyarakat Abimanyu kerem, Doraweca, Suryatmaja Maling dan sebagainya. Diantara semua kitab tua yang dipakai, Kitab Purwakanda adalah yang paling sering digunakan oleh dalang-dalang dari Kraton Yogyakarta. Pagelaran wayang kulit dimulai ketika sang dalang telah mengeluarkan gunungan. Sebuah pagelaran wayang semalam suntuk gaya Yogyakarta dibagi dalam 3 babak yang memiliki 7 jejeran (adegan) dan 7 adegan perang. Babak pertama, disebut pathet lasem, memiliki 3 jejeran dan 2 adegan perang yang diiringi gending-gending pathet lasem. Pathet Sanga yang menjadi babak kedua memiliki 2 jejeran dan 2 adegan perang, sementara Pathet Manura yang menjadi babak ketiga mempunyai 2 jejeran dan 3 adegan perang. Salah satu bagian yang paling dinanti banyak orang pada setiap pagelaran wayang adalah gara-gara yang menyajikan guyonan-guyonan khas Jawa

sumber :http://www.yogyes.com/id/yogyakarta-cultural-performance/wayang-kulit-show/

sumber gambar :http://www.vistaindonesia.com/wayang-kulit-1-silhouet.web.jpg


  • wayang gedek
Wayang Gedek ialah sejenis persembahan yang dipersembahkan di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan juga Perak. Wayang gedek menggunakan dialek Kedah bercampur Thai. Peralatan muzik yang digunakan ialah gedombak, serunai, canang, gedok, gong dan tamborin. Wayang gedek menggunakan patung yang diukir halus dan berwarna-warni.


  • wayang kulit melayu
  • wayang kulit kelantan

Wayang Kulit Siam (atau juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan) adalah merupakan satu kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Di antara empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia, Wayang Kulit Siam adalah yang paling popular sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Suatu ketika dahulu, ia pernah mendapat tempat di kalangan penduduk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak serta Patani – sebuah negeri Melayu-Islam di selatan Thailand yang kini telah dibahagikan menjadi empat buah wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Wayang Kulit Siam disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Selain itu juga dalam permainan wayang kulit terdapat juga alat muzik yang digunakan.

Alat muzik merupakan peralatan utama dalam permainan wayang kulit, selain daripada pentas khas yang berbentuk panggung kecil dan patung-patung wayang kulit. Alat-alat muzik ini terdiri daripada SERUNAI, GENDANG IBU, GENDANG ANAK, GEDUK IBU GEDUK ANAK, GEDOMBAK IBU, GEDOMBAK ANAK, TETAWAK, CANANG dan KESI.
Terdapat tiga belas orang ahli muzik yang mengendalikan alat-alat muzik ini, termasuk dalang dan dua orang dalang muda. Susunatur didalam panggung telah ditetapkan oleh dalang ( ketua kumpulan ) . Semasa membuat persembahan dalang yang duduk dibelakang tirai diapit oleh dalang muda yang dipertanggungjawabkan untuk membantu dalang yang menyelaraskan wayang yang akan dimainkan.
Kesemau alat muzik tersebut merupakan alat muzik tradisional yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan. Gendang yang terdiri daripada Gendang ibu dan Gendang anak merupakan sejenis alat bunyian berbentuk silinder yang berongga dengan rintangan kulit pada kedua-dua hujung pangkal ( permukaan ) . Pada hujung pangkal yang kecil terdapat rintangan kulit kambing dan ia dinamakan PANGKAL gendang. Sementara pada hujung pangkal yang besar sedikit terdiri daripada rintangan kulit lembu dan in digelar MUKA gendang.
Keliling rintangan kulit dinamakan BINGKAI . Manakala tali atau rotan kecil yang terdapat pada badan gendang dinamakan " TALI PERAMBING". Tali ini menegangkan kulit supaya dapat menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Bahagian yang boleh digerak-gerakkan pada tali ini dinamakan "SIPAL". Ia berfungsi mencengkam tali perambing sekaligus menegangkan kulit permukaan gendang. Sementara kulit rotan yang membaluti gendangberhampiran dengan permukaan dimanakan PENGEMBAN. Ia berfungsi melilit tali perambing supaya kukuh dan tidak terbuka. Keseluruhan badan gendang diperbuat daripada kayu nangka yang besar.
Setiap gendang mempunyai tiga bunyi yang berbeza, bergantung kepada cara memalunya. Permakaan pangkal gendang dapat menghasilkan nada bunyi yang nyaring. Manakala permukaan muka pula menghasilkan nada bunyi yang lebih besar. Yang membezakan Gendang ibu dan Gendang anak ialah ketinggian nada bunyi.
Gedombak pula merupakan sejenis gendang kecil yang mempunyai rintangan kulit pada sebuah bahagian sahaja. Kulit kambing muda digunakan bagi bahagian pertmukaan gendang. Pada permukaan pangkal dibiarkan belubang. Kayu yang sama juga digunakan bagi membuat badan gedombak yang dinamakan BADAN LARIK .Rotan halus yang merintangi badan gedombak digelar PERAMBING . Boleh juga digantikan dengan tali tangsi memandangkan rotan halus mudah putus.
Satu lagi alat muzik yang berpasangan ( ibu dan anak ) ialah Genduk. Badan Geduk ini diperbuat daripada jenis kayu nangka dan mempunyai rintangan kulit lembu pada kedua-dua belah permukaannya. Apabila dipalu hanya satu permukaan sahaja digunakan.
Sebelah lagi digunakan setelah permukaan yang satu lagi itu rosak. Geduk ini mempunyai dua kaki dan juga pemukul ( pemalu ) .Terdapat lilitan rotan pada bahagian atas dan bawah yang dinamakan "PENGEMBAN GEDUK". Bulau kecil yang tercucuk tajam pula dinamakan "PEMETING GEDUK".
Alat bunyian seperti talam besar yang diperbuat daripada logam dinamakan Tetawak. Ia juga berpasangan ( ibu dan anak ) , nada bunyinya nyanying.
Canang pula terdiri daripada dua buah gong kecil yang diletakkan yang di dalam kotak kayu. Pemukul Canang diperbuat daripada kayu dan dibalut dengan GETAH SEKERAP. Gong yang lebih besar sedikit dapat menghasilkan nada yang lebih rendah, dan sebaliknya pula bagi gong yang lebih kecil. Bagi alat muzik KESI pula, ia terdiri daripada piring kecil yang diperbuat daripada BESI WAJA. Apabila dimainkan tutup piring ini akan dihentak pada piring di bawah.
Serunai pula merupakan sejenis alat bunyian yang memerlukan seseorang untuk meniupnya untuk menghasilkan bunyi. Badan serunai ini mempunyai beberapa motif yang berlainanseperti DAWAI PINTALM, BUNGA GELUGUR, PUCUK REBUNG, TAMPOK MANGGIS dan MOTIF MANIK CUCUK. Motif-motif ini hanyalah untuk hiasan dan dan ia bergantung pada pembuatnya. Serunai ini diperbuat daripada KAYU TIRAI TANDUK yang semulajadi hitam. Di dalam sesuatu persembahan, terdapat sekurang-kurangnya lima buah serunai yang berlainan saiz bagi mempelbagaikan nada bunyinya. Gabungan bunyi-bunyian yang dihasilkan akan membantuk berbagai-bagi jenis lagu.
Selain daripada itu terdapat sebuah PEMETIK yang terletak dibawah lutut dalang. Alat ini di perbuat daripada kayu dan ia dapat menghasilkan bunyi yang kuat apabila ia dihentak dengan lutut. Biasanya kedudukan alat ini bergantung kepada keselesaan dalang.



Teruskan Membaca...

Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 3: JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pejam celik-pejam celik, kita sudah berada di minggu ke-4, agak pantas masa berlalu. Telah banyak saya pelajari dari pembelajaran subjek ini. Dalam masa 4 minggu saya telah didedahkan dengan pelbagai jenis muzik, antaranya adalah seperti muzik keroncong dan muzik ghazal. Walaupun sebelum ini, muzik seperti ini jarang saya dengar tetapi keunikkan muziknya membuatkan saya kagum dengan irama dan melodi yang dimainkan walhal ia merupakan muzik tradisional tetapi keunikannya pada saya dapat disamakan taraf dengan muzik zama sekarang
Teruskan Membaca...

Sunday, July 25, 2010

refleksi jurnal

Assalamualaikum. Setelah minggu ke 2 mengambil matapelajaran ini iaitu SMP2252 yang diajar oleh En Amran, dapat saya rumuskan bahawa matepelajaran ini amat menarik kerana banyak mengajar saya tentang ilmu IT, biarpun saya tidak celik dalam ilmu IT tetapi ianya banyak membantu saya.
Matapelajaran ini juga memberi banyak ilmu pengetahuan mengenai muzik tradisional yang di upload oleh En.Amran. sebelum ini juga saya memang berminat dalam bermain alat tradisional, sejak dari semester 2 lagi saya menyertai latihan dan bengkel keroncong yang di buat oleh senior - senior kami yang cukup aktif bermain keroncong, dengan adenya bengkel seperti itu saya telah mempelajari alat-alat kerongcong. Dalam latihan yang lalu saya telah belajar cello untuk muzik kerongcong, ternyata alat itu bukan lah senang untuk dimainkan kerana cello dalam keroncong yang berfungsi sebagai perkusi didalam muzik kerongcong. alat tersebut juga mempunyai tekniknya yang tersendiri. Hal ini menyedarkan bahawa betapa bernilai mempelajari alat tradisional kerana ianya cukup berbeza dengan alat-alat muzik yang lain kerana mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Kesimpulannya, walaupun irama tradisonal ini tidak ramai yang boleh memainkannya dimasa sekarang tetapi ia patut dipelajari kerana kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada muzik moden yang sudah pastinya ramai yang boleh memainkannya. hal ini kerana kita semua patut menghargai nilai-nilai dalam muzik tradisional yang pernah dimainkan oleh nenek moyang kita yang terdahulu, oleh itu jangan kita biarkan ianya luput dek zaman.
Teruskan Membaca...

Thursday, July 15, 2010

BIODATA

Nama

MUhammad Muizz Bin Mohamad Nizam

No Matriks

D20082033692

Program

Pendidikan Muzik

Kumpulan

C

Semester

Empat(4) / Semester 1 2010/2011

Subjek

SMP 2252 – Muzik Tradisional

Email

ragoo86@gmail.com

Alamat Blog

http://smp2252muizz.blogspot.com/

Negeri Asal

Kelantan

Foto

Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Muizz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template